null

VIAS Puri Bawang Putih 250g

SKU:
ECMYVIA0030-PUBWP
Availability:
Fulfilled by Merchant within 3-7 days (West MY) / 10-14 days (East MY)
RM12.50
(No reviews yet)
Weight:
0.25 KGS
Current Stock:

Penerangan ;

Khasiat Bawang Putih

1. Mengurangkan Simptom Selsema :
Bawang putih dapat meningkatkan sistem imun. Satu kajian besar dijalankan selama 12 minggu mendapati bahawa suplemen bawang putih dapat mengurangkan masalah selsema sebanyak 63% berbanding dengan placebo. Selain itu, ada satu kajian mendapati bahawa dos ekstrak bawang putih yang tinggi (2.56 gram sehari) dapat mengurangkan jumlah hari selsema sebanyak 61%.

2. Mengawal tekanan darah tinggi :
Penyakit kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung merupakan pembunuh dalam diam di seluruh negara. Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan salah satu faktor utama menyumbang kepada penyakit ini. Kajian terhadap manusia mendapati bahawa bawang putih mengandungi komponen yang dapat mengawal tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.

3. Mengawal paras kolesterol :
Selain mengawal tekanan darah, bawang putih juga berperanan dalam mengawal paras kolesterol dalam darah. Dengan ini, risiko penyakit jantung dapat dicegah. Bagi mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, suplemen bawang putih dapat mengurangkan 10-15% kadar kolesterol jahat. Namun, bawang putih tidak memberi kesan kepada paras kolesterol baik (HDL) dan juga trigeliserida.

4. Mengandungi antioksida yang membantu mencegah penyakit Alzheimer dan Demensia :
Radikal bebas akan menyebabkan kerosakkan oksidatif dan seterusnya akan menyumbang kepada proses penuaan. Bawang putih mengandungi antioksidan yang dapat melindungi badan daripada kerosakan oksidatif tersebut. Kesan daripada gabungan pengurangan kolesterol dan tekanan darah, serta sifat antioksidan yang terdapat pada bawang putih dapat mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan saraf otak seperti Alzheimer dan Demensia.

5. Mencegah kanser :
Satu kajian yang dijalankan oleh Jiangsu Provincial Center for Disease Control and Prevention di China mendapati bahawa individu yang makan bawang putih mentah sekurang-kurangnya dua kali seminggu sepanjang tujuh tahun dapat mengurangkan sebanyak 44% risiko kanser paru-paru. Selain itu, komponen organo-sulfur yang terdapat dalam bawang putih berkesan untuk menghapuskan sel yang berkaitan dengan barah otak.

✔️ Cepat dan mudah digunakan sebagai ramuan memasak.
✔️ Khas, aroma asli.
✔️ Banyak digunakan dalam hidangan gaya oriental / mediterania.
✔️ Sesuai untuk pasta, roti bawang putih, tumisan cina dan semua jenis masakan.

Spesifikasi :

✔️ 100% Buatan Malaysia.
✔️ Botol kedap udara.
✔️ Simpan di peti sejuk untuk jangka hayat yang lama.

Brand:
VIAS
Product Origin:
Malaysia
Net Weight:
250g
Includes:
1 x VIAS Puri Bawang Putih 250g
Delivery Area:
Whole Malaysia
Get Rewarded:
Available to earn BIG points with every order