
Kurma Medjool Palestine (Jumbo)
IKHLASKurma Medjool (Jumbo Premium) adalah buah kurma yang paling sukar untuk ditanam dan oleh itu adalah jenis kurma paling mahal, besar dalam saiz, kulit berwarna kuning gelap sehingga merah-coklat, tekstur berserabut dan rasa yang sangat manis. Rasa manis yang ada pada buah kurma Medjool seakan rasa karamel. Malah, buah ini sentiasa kelihatan segar walaupun setelah ia kering. Buah kurma Medjool dikenali sebagai buah kurma ‘berlian’ kerana sifat istimewanya ini. Kurma Medjool (Jumbo Premium) adalah alternatif yang lebih sihat untuk pencuci mulut dengan kalori tinggi kerana ia kaya dengan mineral penting dengan hanya kira-kira 66 kalori dalam setiap kurma.
Antioksidan – Buah kurma Medjool penuh dengan antioksidan, dan melindungi sel-sel dari radikal bebas, iaitu molekul tidak stabil yang mampu menyebabkan penyakit. Buah kurma kaya dengan tiga jenis antioksidan – flavonoid, karotenoid dan asid fenolik.
Serat – Serat membantu mengekalkan kesihatan sistem penghadaman badan, menghalang sembelit, serta menggalakkan pergerakan usus dengan membantu pembentukan najis. Diet yang kaya dengan serat juga mempunyai manfaat tambahan seperti membantu menurunkan tahap kolesterol dan tekanan darah.
Potassium – Potassium membantu menurunkan tekanan darah, menghalang kehilangan otot, mengekalkan ketumpatan tulang dan mengurangkan pembentukan batu karang.
Vitamin dan zat galian tambahan – Satu sajian buah kurma mampu mengandungi sehingga 14% keperluan harian protein yang disyorkan, serta 18% kuprum, 15% mangan, 5% zat besi dan 12% vitamin B6.
Cara pemakanan:
✔️ Buah kurma boleh dimakan terus tanpa perlu diproses.
✔️ Gunakan tangan kanan untuk makan, dan buang biji dengan menggunakan tangan kiri.
✔️ Buah kurma boleh dibuat jus dengan mencampurkan buah kurma dengan madu dan susu.
Cara penyimpanan:
✔️ Simpan buah kurma di tempat sejuk dan kering.
✔️ Boleh disimpan di dalam peti ais.
✔️ Pastikan simpan dalam bekas tertutup seperti plastik berzip atau bekas tupperware.
* Beli & dapatkan kotak eksklusif IKHLAS dengan setiap pembelian bermula 16hb Mac dan ke atas.
- Product Origin:
- Palestine
- Delivery Area:
- Whole Malaysia (no restrictions)
- Get Rewarded:
- Available to earn BIG points with every order
Reviews
-
Jumbo n tasty
Harga yang berpatutan, packaging yang menarik
-
Good product
Keep it up and offer more products
-
Superb. Rasa yg sgt sedap
-
-
Good!
Taste good, nice packaging, fast delivery