null

Bawang Goreng by Kaseh Cookies

SKU:
ECMYKAS0009-BAWAN
Availability:
Fulfilled by Merchant within 3-7 days (West MY) / 10-14 days (East MY)
RM13.00 RM20.00
(You save RM7.00 )
(No reviews yet)
Weight:
0.10 KGS
Current Stock:

Currently Out of Stock

Out of Stock

Rumah Titian Kaseh adalah sebuah NGO yang menempatkan golongan-golongan terkesan seperti anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya & juga warga emas. RTK adalah antara rumah kebajikan yang terbesar di Kuala Lumpur.

Tahukah anda semua produk ini dihasilkan oleh penghuni RTK dengan penuh "Kaseh" sayang dan juga ramuan ekstrak belebihan.

Bawang goreng asli dan sangat rangup dari RTK ini sangat sangat istimewa. Nak tahu tak kenapa? Ketika menyediakan bawang goreng ini, gossip-gossip hangat and isi-isu semasa dijadikan salah satu resipi rahsia menyaluti kerangupan bawang ini. Orang cakap masakan tu dah sedap, bila tambah bawang mesti lagi sedap masa "membawang" nanti.

Bawang goreng memang selalu dijadikan bahan penghias makanan atau pelengkap selera bagi mereka yang begitu meminatinya. Hampir semua hidangan sesuai ditaburkan dengan bawang goreng. Tak kiralah sup ayam, mee goreng, soto dan sebagainya. Makan dengan nasi putih dan telur goreng pun dah cukup sedap. Ada pula yang boleh makan bawang goreng ni sebagai snek begitu saja.

Produk-produk ini di hasilkan oleh RTK untuk menampung pebelanjaan kos bulanan untuk menyara 100 lebih penghuninya.

Setiap pembelian produk dari RTK akan di salurkan sepenuhnya untuk membantu RTK. Jadi bolehlah berbelanja sambil menderma sepenuhnya! Perut kenyang, akhirat pun kenyang.

Brand:
Kaseh Cookies
Net Weight:
100g
Packaging Dimensions (W x L x H):
15cm x 7.5cm x 7.5cm
Includes:
1 x jar of Kaseh Cookies Bawang Goreng 100g
Delivery Area:
Whole Malaysia (major towns & cities)
Get Rewarded:
Available to earn BIG points with every order